Friday 25 September 2015

bagi daging korban pada bukan Muslim

 


 


BICARA AGAMA


bagi daging korban pada bukan Muslim


SAYA tertarik dengan perbincangan ustaz berkenaan korban dan akikah minggu lalu. Bagaimanapun, saya masih ada beberapa persoalan dan memohon penjelasan ustaz.
1. Berkenaan daging korban, jika selepas diagih kepada fakir miskin dan juga para petugas masih ada bakinya, bolehkah ia diberi kepada orang bukan Islam?
2. Jika seorang fakir miskin itu menerima daging korban yang dikumpulkan agak banyak, contoh 4 @ 5 kilogram, bolehkah dia menjual sebahagian daripada daging itu termasuk kepada orang bukan Islam?
3. Bagaimana pula dengan kulit lembu korban, bolehkah ia dijual kepada pengusaha makanan atau pembuat kompang?

JAWAPAN:

Kebanyakan kita faham secara asas bahawa daging korban tidak boleh diberi kepada orang bukan Islam.
Pendirian ini memang berasas, asasnya para alim ulama kita berpandangan dengan pendapat Imam al-Syafie yang tidak membenarkan daging korban diberikan kepada orang bukan Islam, sama ada daging korban sunat mahupun daging korban nazar.
Ini kerana ibadah korban adalah perbuatan taqarrub kepada Allah SWT yang dikategorikan ibadah semata-mata, ibadah ini berkaitan dengan menyembelih binatang ternakan. Orang Islam sahaja yang berhak kepada daging korban tersebut. Serta manfaat daging itu hanya kebali kepada orang Islam sahaja.
Pandangan ini adalah berdasarkan kepada pembahagian daging mentah bukan daging yang sudah dimasak.
Sekiranya kita ingin menjemput jiran atau kenalan kita yang bukan beragama Islam dengan menjamu mereka daging korban, bagi mereka yang bermazhab al-Syafie hendaklah menambahkan daging lain yang dibeli dari pasar sejumlah yang yang mungkin boleh cukup untuk hidangan orang bukan beragama Islam lalu dicampurkan daging yang dibeli di pasar dengan daging korban kemudian dimasak bersama.
Anggaplah apa yang dimakan oleh tetamu kita yang bukan beragama Islam dari daging yang dibeli dari pasar dan bukan daging korban.
Namun persoalan ini pernah saya bincangkan sebelum ini. Demi berlaku adil kepada para Ulama mazhab selain Imam al-Syafie eloklah kita sama-sama perhatikan pandangan mereka dalam masalah ini;
Ulama Malikiyah berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang-orang Yahudi dan Nasara.
Mazhab Hanbali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada orang bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka. (Kasyf al-Qina' 3;19 )
Dinyatakan juga bahawa dalam kitab al-Majmu' disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada golongan fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib.
Di dalam kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, karya Imam al-Nawawi, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama telah sepakat (ijmak) bahawa daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin orang Islam, namun mereka khilaf tentang memberi makan daging korban kepada golongan fakir miskin kafir ahli zimmah. (al-Majmu' Syarh al-Muhazzab; 8, 404 ).
Imam Hasan al-Basri telah memberi keringanan (rukhsah) memberikan mereka memakannya..
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy dan al-Syarbainiy berpendapat, mazhab Maliki menghukumnya dengan makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang beragama Yahudi dan Nasrani.
Memelihara nyawa
Mazhab Hanbali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus. Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah.
Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib. (al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir 2:381).
Ibh Hazmin dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla 7:383 menyatakan tuan punya korban boleh memberinya makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.
Kesimpulan yang boleh dibuat:
lMazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam, sama ada daging korban sunat atau wajib (nazar) kepada orang bukan Islam.
lMazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.
lMazhab Hanbali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.
Namun sekiranya keadaan masyarakat yang bukan beragama Islam sangat memerlukan, dalam erti kata kalau tidak dibantu keadaan mereka akan bertambah buruk dan dengan membiarkan mereka dalam keadaan melarat boleh mendatangkan bencana yang lebih buruk, maka dalam keadaan ini pandangan beberapa mazhab seperti pandangan ulama Maliki boleh diamalkan. Ini kerana memelihara nyawa adalah lebih utama dalam hal ini.
Mengenai menjual sebahagian daging korban mahupun kulitnya, di dalam hadis Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Ali r.a supaya menguruskan daging korban serta apa-apa yang berkaitan dengan ibadah korban.
Maksud sabda baginda: Dari Ali r.a bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar dia menguruskan budan (unta-unta yang dikorbankan) Beliau, membahagi semuanya, dan jilalnya (kain yang diletakkan dibelakang unta ). Dan dia tidak boleh memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada penyembelihnya. (riwayat Bukhari no. 1717, tambahan dalam riwayat Muslim no. 439/1317).
Dalam riwayat yang lain Saidina Ali r.a memberitahu, yang bermaksud: Rasulullah SAW memerintahkanku agar aku menguruskan unta-unta korban baginda, mensedekahkan dagingnya, kulitnya dan jilalnya (kain yang diletak dibelakang unta ). Dan agar aku tidak memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada tukang sembelihnya. Dan Beliau bersabda: Kami akan memberikan (upah) kepada tukang sembelihnya dari kami. (riwayat Muslim no. 348, 1317)
Hadis ini secara jelas menunjukkan, bahawa Saidina Ali r.a diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk menyedekahkan daging korban, kulitnya, bahkan jilalnya. Dan tidak boleh mengambil sebahagian dari binatang korban itu untuk diberikan kepada tukang sembelihnya sebagai upah, kerana hal ini termasuk jual beli.
Daripada hadis ini banyak ulama mengambil dalil tentang larangan menjual sesuatu dari binatang korban, termasuk menjual kulitnya.
Imam Asy-Syafie r.h berkata: "Jika seseorang telah menetapkan binatang korban, bulunya tidak dicukur. Adapun binatang yang seseorang tidak menetapkannya sebagai korban, dia boleh mencukur bulunya. Binatang korban termasuk nusuk (binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah), dibolehkan memakannya, memberikan makan (kepada orang lain) dan menyimpannya.
"Ini semua boleh terhadap seluruh (bahagian) binatang korban, kulitnya dan dagingnya. Aku membenci menjual sesuatu darinya. Menukarkannya merupakan jual beli".
Beliau juga mengatakan: "Aku tidak mengetahui perselisihan di antara manusia tentang ini iaitu: Barang siapa telah menjual sesuatu dari binatang korbannya, baik kulit atau lainnya, dia (wajib) mengembalikan harganya -atau nilai apa yang telah dia jual, jika nilainya lebih banyak dari harganya- untuk apa yang binatang korban dibolehkan untuknya. Sedangkan jika dia mensedekahkannya, (maka) lebih aku sukai, sebagaimana bersedekah dengan daging binatang korban lebih aku sukai".
Perselisihan
Imam Asy-Syafie r.h berkata: "Jika seseorang telah menetapkan binatang korban, bulunya tidak dicukur. Adapun binatang yang seseorang tidak menetapkannya sebagai korban, dia boleh mencukur bulunya. Binatang korban termasuk nusuk (binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah), dibolehkan memakannya, memberikan makan (kepada orang lain) dan menyimpannya.
"Ini semua boleh terhadap seluruh (bahagian) binatang korban, kulitnya dan dagingnya. Aku membenci menjual sesuatu darinya. Menukarkannya merupakan jual beli".
Beliau juga mengatakan: "Aku tidak mengetahui perselisihan di antara manusia tentang ini, iaitu perselisihan dalam melarang menjual apa-apa yang berkaitan dengan binatang korban. Imam Syafie berpendapat sesiapa telah menjual sesuatu dari binatang korbannya, baik kulit atau lainnya, dia (wajib) mengembalikan harganya-atau nilai apa yang telah dia jual, jika nilainya lebih banyak dari harganya, untuk apa yang binatang korban dibolehkan untuknya.
Tukang sembelih diberi daging korban seperti orang ramai memperolehinya. Diberi daging korban kepada mereka bukan dengan niat upah sembelih, begitu juga ketika tukang sembelih menerima daging tidak boleh menganggapnya sebagai upah.

Monday 21 September 2015

Saturday 2 May 2015

Islam Pelopor Dialog Antara Agama


Islam sebagai agama wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah telah menempatkan dirinya pada posisi terbaik kerana berpeluang berhadapan dengan beberapa tamadun-agama besar yang wujud sebelumnya. Selain daripada tamadun Hindu, Yunani-Romawi, Majusi ialah tamadun Yahudi dan Kristian. Dalam berhadapan dengan Umat Yahudi dan Kristian, yang disebut Al-Qur’an sebagai Ahl al-Kitab, Islam telah menunjukkan kaedah terbaik dalam berdialog. Contohnya, sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, perkara utama baginda usahakan dalam konteks pembentukan masyarakat berbilang kaum ialah menggubal perlembagaan (Sahifah) Madinah. Masyarakat Yahudi dan Nasrani turut serta dalam menandatanganinya. Justeru adalah menjadi tanggung jawab bersama mempertahankan kota Madinah jika ia diserang oleh musuh. Perlembagaan yang digubal menunjukkan bahawa kehadiran mereka serta hak-hak mereka adalah terjamin di bawah penguasaan orang Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. Misalnya Nabi sendiri mengarahkan supaya Baitul-Midras, sebuah institusi pengajian agama Yahudi yang menjadi sebahagian daripada sinagog, atau rumah ibadah orang Yahudi di Madinah ketika itu dipelihara.
Demikian juga terhadap kaum Nasrani (Kristian), Nabi s.a.w sering berinteraksi dengan mereka. Pernah suatu ketika ada rombongan dari Najran (Yaman sekarang) yang terdiri daripada paderi, pastor datang mengunjungi Nabi s.a.w. di Masjid Nabawi. Diceritakan apabila tiba waktu mereka hendak mengadakan kebaktian (sembahyang) Nabi membenarkan mereka melakukannya dalam kawasan masjid. Kita juga mengetahui bahawa Nabi s.a.w. pernah mengutus ‘Amr ibn Umayyah al-Damiri mengadakan hubungan politik dengan Raja Najasyi (Negus) yang beragama Kristian di Abisinia (sekarang Etiopia). Kemudian diikuti pula dengan penghantaran Ja‘far bin Abi Talib dan rombongannya ke Abisinia untuk mendapatkan suaka politik. Dengan perlindungan tersebut rombongan Ja‘far bin Abi Talib terselamat daripada kekejaman Quraisy Makkah pada waktu itu. Juga dikhabarkan bahawa Nabi s.a.w pernah memberi jaminan agar gereja-gereja orang Kristian bebas daripada sebarang pencerobohan, dan jaminan tersebut disampaikan kepada pembesar rahib bernama Saint Catherine di Bukit Sinai, Palestin.


Zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Zaman Nabi Muhammad S.A.W.


BAB 4: BENARKAH MUHAMMAD ITU RASULULLAH?
Bahawa Muhammad itu seorang Rasul dapat dibuktikan melalui beberapa cara. Pertama berdasarkan berita-berita tentang kedatangan Muhammad seperti yang tersebut dalam kitab Taurat dan Injil (Old & New Testament). Kedua, berdasarkan kedudukannya sebagai ‘AI-Sadiq AI-Amin’, yakni seorang yang benar lagi dipercayai kejujurannya. Dan ketiganya dari ‘Nubuwwah’ Muhammad sendiri, seperti berita-berita ghaib yang telah disebutkan lebih dulu oleh Baginda tentang bakal terjadinya, dan kemudiannya benar-benar telah menjadi kenyataan!
1. KEDATANGAN MUHAMMAD YANG DINANTI-NANTIKAN
Diceritakan bahawa ketika Abdul Mutalib dan bangsawan-bangsawan Quraisy lain mengunjungi Yaman untuk mengucapkan tahniah kepada Raja Saif Zu-Yazin yang baru saja menewaskan Habshah dengan bantuan Parsi, beliau dikatakan sangat mengagumi kebesaran kerajaan Yaman itu. Tetapi oleh Zu-Yazin, dinyatakannya kepada Abdul Mutalib bahawa apabila diperanakkan seorang anak lelaki dari Tihamah (Makkah), dan di antara dua belikatnya ada syamah (tahi lalat besar yang dikelilingi oleh rambut), maka ia akan menjadi pemimpin besar hingga Hari Kiamat. Di sini Zu-Yazin cuba membayangkan tanda-tanda tentang kedatangan seorang pemimpin besar dari keturunannya sendiri, yang kebetulan tanda-tanda itu secocok dengan cucunya Muhammad yang masih kecil. Ini menyebabkan Abdul Mutalib sujud kerana girang.


Pemuda Mengislamkan Paderi Dan Ahli Jemaah Gereja

Pemuda Mengislamkan Paderi Dan Ahli Jemaah Gereja




Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.



PERISTIWA ROMBONGAN NASRANI NAJRAN KE MADINAH DAN PERDEBATAN MEREKA DENGAN NABI SAW


Pada waktu ini, kaum Yahudi di Madinah sedang ramai membicarakan tentang kemajuan dakwah Rasulullah saw. Di waktu ini juga berlaku perbantahan yang hebat antara pendeta mereka dengan Baginda. Kemudian muncul pula kaun Nasrani Najran (Yaman) yang terdiri daripada 60 orang. 14 orang daripadanya adalah golongan bangsawan. 3 orang daripada 14 orang ini adalah yang terkemuka. Al-‘Aaqib (‘Abdul-Masih) sebagai ketua rombongan dan penasihat, As-Sayyid sebagai pegawai kebajikan  dan Abu Harithah (seorang Arab dari keturunan Bakr bin Wail) sebagai pembesar, pendeta atau ulama’ tertinggi yang dihormati oleh para raja Rom yang beragama kristian dan telah mendirikan gereja-gereja untuk beliau.
Keadaan mereka kelihatan sangat mewah. Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa mereka tiba dan masuk ke dalam masjid Nabi saw selepas Rasulullah saw menunaikan solat Asar. Mereka berada di situ selama tiga hari.
Ada riwayat menyatakan sesampai mereka di Madinah, mereka terus masuk ke dalam masjid Nabi saw dan menunaikan solat. Ada di kalangan sahabat ingin menegur perbuatan mereka, tetapi dihalang oleh Rasulullah saw seraya bersabda:
“Biarkanlah mereka itu mengerjakan solat cara mereka, yaitu menghadap ke arah Timur.”
Sehabis solat, mereka menghadap kepada Nabi saw sambil menyampaikan bermacam hadiah. Diantaranya ialah sebuah permaidani yang indah dan bergambar. Beberapa buah tikar daripada bulu. Permaidani bergambar tidak diterima oleh Nabi saw, manakala tikar daripada bulu diterima oleh Baginda.
Kedatangan mereka dapat dijangkakan untuk memperbesarkan pengaruh kristian di Jazirah Arab. Selama ini pengaruh mereka terhalang oleh pendeta Yahudi. Mereka ingin mengambil kesempatan sementara berlakunya persengketaan antara kaum Yahudi dengan Nabi saw.
Tiga orang yang termuka itu telah bersoal jawab dengan Rasulullah saw berkenaan dengan ketuhanan Nabi ‘Isa a.s. Ada yang menganggap Nabi Isa a.s adalah anak Allah , ada yang menganggap Nabi ‘Isa a.s itu sendiri sebagai Tuhan, ada yang menganggap ada tiga tuhan (trinity) .Diantara persoalan yang mereka kemukakan ialah;  “Siapakah bapa kepada ‘Isa?
Rasulullah saw tidak terus menjawab sebelum meminta petunjuk daripada Allah SWT. Maka turun firman Allah SWT:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ ٱللَّهِ كَمَثَلِ ءَادَمَ‌ۖ خَلَقَهُ ۥ مِن تُرَابٍ۬ ثُمَّ قَالَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٥٩) ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia. (59) Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. (60) –(Aali-‘Imran:59-60)
Mereka percaya dan mempersoalkan bahawa Nabi ‘Isa a.s adalah Tuhan kerana wujud keajaiban pada diri baginda iaitu dia boleh menghidupkan semula orang yang telah mati, membolehkan orang yang buta melihat semula, menyembuhkan penyakit kusta, boleh menghidupkan burung yang diperbuat daripada tanah dan dapat memberi tahu tentang makanan yang telah dimakan dan disimpan di rumah seseorang walaupun orang tersebut berada berjauhan dari rumah mereka. Sedangkan seseorang Muslim percaya bahawa semua keajaiban ini adalah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi ‘Isa a.s oleh Allah SWT sebagai petanda kebenaran kerasulannya. Pada zaman kenabian Nabi ‘Isa a.s, bidang perubatan adalah termasyhur. Oleh itu mukjizat beliau dapat mengatasi kemasyuran itu.
Mereka percaya dan mempersoalkan bahawa Nabi ‘Isa a.s adalah anak Allah kerana dia dilahirkan tanpa bapa. Kemudian dia boleh pula berbicara semasa di dalam buaiyan.
Mereka juga percaya dan mempersoalkan Nabi ‘Isa a.s adalah Tuhan dari tiga Tuhan (triniti) kerana Allah berfirman; Kami telah memerintahkan, menjadikan dan memutuskan….” Mereka mempersoalkan, jika Allah itu tunggal, sudah tentu Dia menyatakan; Aku telah memerintahkan, menjadikan dan memutuskan….” Oleh itu ‘Isa dan Allah adalah dari yang tiga (triniti).
Ada beberapa riwayat menyebut bahawa ayat 1 hingga ayat 83  surah Aali-‘Imran ini telah diturunkan mengenai dialog Rasulullah saw dengan rombongan Nasrani Najran yang datang ke Madinah. Penjelasan daripada Rasulullah saw tentang kekeliruan kepercayaan dan kerasulan  Baginda adalah jelas. Namun mereka tetap ingin mempertahankan kepercayaan yang mereka pegang selama ini.
Maka dikala itu Allah SWT mewahyukan kepada Rasulullah saw ayat 61-63 iaitu ayat mubaahalah.

فَمَنۡ حَآجَّكَ فِيهِ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ فَقُلۡ تَعَالَوۡاْ نَدۡعُ أَبۡنَآءَنَا وَأَبۡنَآءَكُمۡ وَنِسَآءَنَا وَنِسَآءَكُمۡ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمۡ ثُمَّ نَبۡتَہِلۡ فَنَجۡعَل لَّعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡڪَـٰذِبِينَ (٦١) إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡقَصَصُ ٱلۡحَقُّ‌ۚ وَمَا مِنۡ إِلَـٰهٍ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٦٢) فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِٱلۡمُفۡسِدِينَ

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta. (61) Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (62) Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan. (63)- (Aali-‘Imran:61-63)


Wednesday 7 January 2015

ISLAM



Islam (/ˈɪslɑːm/;[note 1] Arabic: الإسلام‎, al-ʾIslām IPA: [ælʔɪsˈlæːm] ( )[note 2]) is a monotheistic and Abrahamic religion articulated by the Qur'an, a book considered by its adherents (who are called Muslims) to be the verbatim word of God (Arabic: اللهAllāh, IPA: [ʔalˤˈlˤɑːh] ( )), and for the vast majority of adherents, also by the teachings and normative example (called the Sunnah and composed of hadith) of Muhammad (c. 570–8 June 632 CE), considered by them to be the last prophet of God. An adherent of Islam is called a Muslim.
Muslims believe that God is one and incomparable[1] and that the purpose of existence is to worship God.[2] Muslims also believe that Islam is the complete and universal version of a primordial faith that was revealed many times before through prophets including Adam, Noah, Abraham, Moses, and Jesus.[3] They maintain that the previous messages and revelations have been partially misinterpreted or altered over time,[4] but consider the Arabic Qur'an to be both the unaltered and the final revelation of God.[5] Religious concepts and practices include the five pillars of Islam, which are basic concepts and obligatory acts of worship, and following Islamic law, which touches on virtually every aspect of life and society, providing guidance on multifarious topics from banking and welfare, to family life and the environment.[6][7]
Most Muslims are of two denominations: Sunni (75–90%)[8] or Shia (10–20%).[9] About 13% of Muslims live in Indonesia,[10] the largest Muslim-majority country, 25% in South Asia,[10] 20% in the Middle East,[11] and 15% in Sub-saharan Africa.[12] Sizable minorities are also found in Europe, China, Russia, and the Americas. Converts and immigrant communities are found in almost every part of the world (see Islam by country). With about 1.6 billion followers or 23% of earth's population,[13][14] Islam is the second-largest religion and one of the fastest-growing major religions in the world.[15][16][17]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...